Jan 9, 2012

Mahkamah Memutuskan Anwar Ibrahim Tidak Bersalah


Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


"Mahkamah tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."

"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan," katanya lagi.

Anwar dan Pakatan Rakyat menganggap tuduhan itu sebagai konspirasi oleh Barisan Nasional untuk menamatkan karier politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihanraya Mac 2008.

Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.

Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun di tutup pada 15 Disember 2011.

Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.

Anwar dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Seksyen tersebut memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.

©Azurie : Tiada komen sebab tidak tahu siapa yang bersalah antara Anwar dan Saiful. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Via : TVS News

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.