Gara² menulis status berbentuk 'gurauan' di laman sosial Facebook untuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, seorang pelajar ditahan polis. Pemuda yang berusia 23 tahun itu menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Dia dilaporkan telah ditahan pukul 9.30 pagi pada 15/1/2012 dan akan disoal siasat berhubung dakwaan terbabit.
Status yang ditulis oleh pelajar berbangsa India yang menggunakan nama JANARTANA V CHANDRA itu disifatkan ada unsur ugutan jenayah dan berniat menghasut. Perkara ini telah didedahkan oleh seorang bloggers di dalam blognya dan mulai menjadi isu umum.
Status yang ditulis oleh pemuda tersebut berbunyi begini :-
najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter
Justeru, statusnya yang mungkin sekadar gurauan pada pandangan peribadi penulis telah dianggap berniat menghasut orang lain untuk mengebom helikopter Datuk Seri Najib yang bakal berkunjung ke kampus USM pada minggu hadapan.
Inilah akibatnya kalau 'bertindak dahulu tetapi berfikir kemudian'. Kepada adik² di luar sana yang berdarah muda, tolong fikirkan pasal ibu bapa anda sebelum membuat sesuatu di luar batasan. Apabila anak membuat onar, orang tua yang menjadi 'nanar'.
©Azurie : Selalu kemaskini status 'jiwang berlumut' di Facebook.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.