Jan 31, 2012

Proton Wira Rempuh Kedai Motorsikal Berkuasa Besar


Kemalangan boleh berlaku di dalam keadaan yang tidak diduga. Ada pemandu yang berhemah tetapi ada segelintir pula yang memandu tidak tentu arah. Ini secebis kisah tentang kemalangan di tempat parkir yang berlaku di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Sebuah proton Wira telah terlanggar sebuah kereta mewah berjenama Volvo XC60. Dek kerana menggelabah dengan insiden itu, pemandu wanita yang berusia lebih kurang 50an telah menyondol pula dua buah kereta Perodua Myvi dan Viva.


Tidak cukup dengan kes melibatkan kereta, malang sekali lagi menimpanya apabila cubaan keluar dari tempat parkir dengan memasukkan gear maju dan mundur beberapa kali telah tersasar sehingga merempuh masuk ke kedai menjual motorsikal berkuasa tinggi sekali gus mengakibatkan empat buah motorsikal besar rosak teruk.


VIDEO PROTON WIRA REMPUH KEDAI MOTORSIKAL BERKUASA BESAR


“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali keenam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

- Saksi : Mohamad Nooraimee Othman -

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju.”

- Saksi : Sarah Zamzuri -

Bicara saksi dipetik dari MyNewsHub


Orang ramai yang prihatin telah mengarahkan wanita itu menghentikan perbuatannya untuk keluar dari parkir memandangkan cubaannya gagal. Suami wanita tersebut yang hanya keluar sebentar untuk memberi barangan turut terkejut dengan 'tindakan' isterinya itu. Wanita itu juga kelihatan seperti tidak mengerti apa yang berlaku bahana pemanduannya sendiri.

Penulis bersimpati dengan makcik tersebut dan semua individu yang terlibat dalam kejadian yang tidak dirancang ini. Sesungguhnya kecuaian boleh berlaku tanpa disedari. Mujurlah tiada sebarang kecederaan berlaku pada manusia akibat nahas ini.

©Azurie : Berapa agaknya harga sebuah motorsikal berkuasa tinggi?? Tentu mahal!

Via : MyNewsHub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.