Feb 13, 2012

Chery Rempuh Hilux Ke Dalam Kedai Petronas


Selepas kes makcik Wira merempuh kedai motorsikal, berlaku satu lagi rempuhan kenderaan. Kali ini kereta jenis Chery yang dipandu oleh guru wanita pula melanggar Toyota Hilux sehingga kenderaan tersebut merempuh kedai 'Mesra' Petronas. Kejadian ini terjadi di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, Pasir Puteh, Kelantan.


Nahas yang berlaku pada jam 6 petang itu membabitkan pemandu Chery, Azizah Mat Noor, 44, yang hilang kawalan setelah usai mengisi minyak keretanya lalu melanggar dengan laju Toyota Hilux milik Sufian Abdullah, 21, yang diletakkan di hadapan kedai Petronas. Akibat rempuhan yang kuat, Hilux itu terus tersasar masuk ke dalam kedai Petronas.

Guru wanita itu bernasib baik kerana tidak cedera memandangkan dia memakai tali pinggang keledar. Namun, bahagian hadapan keretanya rosak teruk. Jumlah kerugian kedai Petronas belum dapat dipastikan lagi.

©Azurie : Mujurlah tiada orang awam yang terlibat dalam tragedi malang tersebut.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.