Feb 16, 2012

Gadis Remaja Bertukar Menjadi Nenek Tua


Jika dilihat dari Mykadnya yang tertera nombor 960412-02-0058, Puan Binti Ahmad adalah seorang remaja yang berusia 16 tahun tetapi tatkala menemui wanita tersebut, anda pasti tidak percaya kerana hakikatnya dia adalah seorang nenek yang sudah pun berusia hampir satu abad. Nenek yang tinggal di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, Perlis ini tidak menyedari Mykadnya bermasalah sehinggalah mendapatkan rawatan di hospital.

Berikutan nombor pada Mykadnya tidak betul, maka nenek ini tidak mendapat Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia.


“Saya sendiri tidak ingat umur yang sebenar, tetapi saya ingat anak sulung berumur 72 tahun. Semua dokumen lama pun sudah hilang entah ke mana,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, di sini, semalam.

Siti Noor Atikah berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa MyKad yang dimiliki neneknya bermasalah sehingga dia membawa neneknya ke hospital.

“Saya mula sedar berkenaan kesilapan pendaftaran umur nenek saya ketika seorang jururawat bertugas bertanyakan kepada saya mengenai umur nenek

“Setelah mengetahui masalah berkenaan tahun lahirnya, saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk memaklumkan kesalahan tarikh lahir nenek yang ada pada MyKad itu, tetapi saya dimaklumkan MyKad nenek saya boleh digunakan.

“Selepas itu saya dan ahli keluarga yang lain pun biarkan begitu sahaja,” katanya.

- Petikan Sinar Harian -


Penulis kesal kerana JPN Perlis tidak menukar Mykad nenek Puan sedangkan kesilapan itu jelas berpunca dari mereka. Adalah tidak logik seorang nenek mempunyai Mykad seorang remaja yang masih bersekolah. Jika umur nenek ini sebenarnya 96 tahun, maka perselisihan umur sebanyak 80 tahun tidak boleh diterima akal. Kepada JPN Perlis, mengapa tidak mahu bertanggungjawab di atas kekhilafan yang anda lakukan?? Cuba letak diri anda di tempat nenek ini, adakah anda hanya akan berdiam diri??

©Azurie : Ada banyak nombor 1 pada Mykad.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.