Sekumpulan graduan jurusan Environmental Engineering, UFMS, Brazilian Federal University telah mengejutkan para tetamu yang berada di dalam dewan Rock Theatre Glauce apabila tampil dengan imej botak pada hari graduasi mereka. Sebenarnya mereka sepakat mencukur rambut masing² sebagai satu kejutan dan tanda sokongan buat rakan seperjuangan mereka yang juga botak tetapi kerana kanser. Jaito Mazutti Michel yang berusia 24 tahun dikesan mendapat kanser sebulan sebelum dia tamat pengajian.
Sebaik acara bermula, video tentang 23 orang lelaki yang merupakan rakan sekelas Jaito sedang mencukur rambut masing² ditayangkan kepada umum. Mereka telah pergi ke Dewan Gaucho yang berhampiran dengan universiti untuk membotakkan kepala masing² selepas ujian selesai.
VIDEO RAKAN² SEKELAS JAITO MENCUKUR RAMBUT
VIDEO SIARAN BERITA KISAH JAITO DAN RAKAN²NYA
Jaito nampak sebak lalu mengalirkan air mata apabila melihat rakaman tersebut. Penghormatan yang diberikan oleh rakan²nya hanya dapat diekspresikan melalui tangisan. Jaito menangis kerana terharu dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pelajar² sekelas dengannya.
Rakan²nya mahu Jaito tahu bahawa mereka sentiasa ada di sisi pemuda ini ketika dia sedang menjalani proses kimoterapi. Jaito yang hadir bertongkat pada majlis graduasi tentunya tidak akan mudah berputus asa dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakan²nya.
©Azurie : Jaito Mazutti Michel... You look like you have such a great group of friends. The real friends is the most wonderful gift!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.