Feb 11, 2012

Hamza Kashgari Diekstradisi Kerana Hina Nabi


Seorang kolumnis akhbar Arab Saudi yang juga seorang blogger, Mohammad Najeeb A.Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, telah ditahan sejurus tiba di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari Khamis lalu. Penangkapan Hamza telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Lelaki itu ditahan pada pukul 9.40 pagi atas permintaan Raja dan kerajaan Arab Saudi kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam di dalam Twitternya. Keceluparannya itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Arab Saudi dan dia nekad melarikan diri ke Malaysia tanpa menyedari dirinya menjadi buruan Interpol.

Kolumnis berkenaan menulis tiga tweet pada hari Maulidur Rasul seolah² dia berinteraksi dengan Nabi Muhammad S.A.W sambil memberitahu tentang perkara yang disukai dan kurang digemari tentang sifat Rasulullah S.A.W. Tweetnya itu mendapat balasan 30,000 responden lain yang cukup marah dengan kebiadapannya.

Ekoran dari penularan tweet tersebut, rakyat Arab Saudi mahu Hamza dihukum pancung malah ada pihak yang menawarkan ganjaran 10,000 riyal (anggaran RM8,076.20) untuk membunuh Hamza. Ulama terkenal, Sheikh Nasser Al Omar menangis teresak² sambil merayu Raja dan Putera Mahkota agar menangkap dan menjatuhkan hukuman mati terhadap pemuda tersebut.


VIDEO SHEIKH NASSER AL OMAR MERAYU RAJA AGAR
MENJATUHKAN HUKUMAN MATI KE ATAS HAMZA KASHGARI

Hamza Kashgari jelas 'menggali liang kuburnya' sendiri pada saat dia berkelakuan seperti musuh Islam. Tweet telah dipadam, maaf sudah dilafaz tetapi itu tidak memadai untuk membersihkan cercaan yang dilemparkan pada idola umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin mati pun belum cukup untuk 'mencuci' dosa Hamza Kashgari. Penulis bersetuju Hamza dibicarakan lalu dihukum mengikut cara Islam.

©Azurie : Sedih melihat umat Islam sendiri yang menjadi api dalam sekam ketika orang² kafir mencipta pelbagai propaganda untuk menjatuhkan orang Islam.

Via : Mstar | TheBlaze

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.