Feb 15, 2012

Kaki Melepuh Angkara Selipar Buatan China


Kerry Stiles membeli selipar flip flop (nampak macam selipar Jepun) yang murah di Wal-Mart untuk dipakai ketika bersiar-siar di pesisir Pantai Long Boat Key. Namun, selipar tersebut telah membuatkan kakinya melepuh teruk sehingga meninggalkan parut. Selipar dari China itu didapati mengandungi plumbum yang digunakan dalam mainan kanak² dan pemakainya akan mengalami 'chemical burn'. Kes ini berlaku pada Jun 2007.


Pada mulanya, Kerry menyangka kakinya merah dan gatal kerana alah kepada selipar tersebut memandangkan dia jarang mengenakan selipar di kakinya.


Sangkaannya meleset apabila hari demi hari kakinya semakin teruk melepuh sehingga menggelupas.


Kerry menghadapi kesukaran untuk memakai selipar apatah lagi kasut dengan keadaan kakinya yang mula berkuping.


Kerry tahu kakinya akan meninggalkan parut tetapi berharap keadaan kakinya tidak menjadi lebih buruk. Atas kesedaran yang tinggi, Kerry melaporkan kesnya kepada Wal-Mart agar pengguna lain tidak mengalami nasib sama sepertinya.

©Azurie : Pernah juga mengalami kesan merah dan gatal pada kaki angkara selipar tetapi tidak berlarutan selepas disapu krim.

Via : Lamanaphotography

2 Comment

ceksumolek's Wed Feb 15, 04:16:00 PM

adui.. sakitnye.. nak pakai slipar pun kena hati2 skrg kan? :)

Eriyza Thu Feb 16, 01:16:00 PM

@Aisumi Chan Kawa'i:
Aha, mmg sakit pun.
Nak pakai apa pun takleh.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.