Pelakon wanita yang sering diterpa kontroversi, Nur Fasha Sandha akhirnya mengakui bahawa dia bakal menikahi Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) setelah dilihat menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa. Dakwaan itu semakin nyata apabila mereka berdua pernah mencuba busana pengantin di butik tidak lama dahulu. Fasha, 28, sering bermain tarik tali mengenai status hubungannya dengan Jejai, 36, yang juga merupakan bekas suami pelakon comel, Nora Danish.
Menurut Fasha, Jejai sudah pun bertemu ahli keluarganya untuk merisik. Fasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan Qabil Ambak malah dikatakan telah menolak lamaran Ally Iskandar.
“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
Petikan Harian Metro Online
Cerita tentang Fasha Sandha sentiasa disensasikan oleh media baik dari cara dia berpakaian, bersosial dan juga hubungan peribadinya. Ada bloggers melabelkan Fasha sebaga iartis 1Malaysia kerana sering menyambut hari perayaan bangsa lain.
Walaupun selalu diselubungi kontroversi, namun kehebatan lakonan gadis ini tidak boleh dinafikan. Kali pertama penulis melihat lakonan Fasha adalah menerusi drama Quran Buruk. Peranannya sebagai gadis terlanjur yang cuba mengugurkan kandungan sangat berkesan.
©Azurie : Berharap Fasha meninggalkan aktiviti sosialnya yang tidak sesuai untuk seorang gadis Islam.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.