Mar 5, 2012

Lengan Winston Kemp Bercorak Abstrak Akibat Panahan Kilat


Seorang juruelektrik berusia 24 tahun bergegas ke luar rumah untuk mengambil labunya ketika cuaca buruk. Dia mendengar dentuman kuat dan melihat satu cahaya terang menyinari halaman rumah jirannya. Anehnya, selang 45 minit kemudian, muncul corak berselirat umpama lukisan abstrak di lengannya tetapi Winston tidak pergi mendapatkan rawatan kerana memikirkan ia hanya hal kecil. Dia beranggapan 'corak' itu akan hilang sendiri nanti. Sebenarnya, Winston sudah mendapat Lichtenberg iaitu kesan kilat pada kulit akibat terkena panahan kilat yang tidak disedarinya.


Menurut Winston, dia tidak berasa apa² ketika panahan kilat itu mengenainya tetapi mulai sakit seluruh tangan selepas sejam berlaku. Ketika gambar lengannya ditunjukkan dipos ke Facebook, rakan²nya menyangka Winston membuat tatu di lengannya. Tiada siapa menduga itu adalah kesan sambaran kilat.


Kulit Winston melepuh teruk. Mujurlah teman wanitanya, Daphne Cheek adalah pelajar pra perubatan, maka tugas untuk merawat Winston digalas olehnya. Dari menyapu losyen sehinggalah membalut lengan yang kelihatan seperti terbakar, semuanya diuruskan oleh Daphne. Lazimnya Lichtenberg atau turut digelar 'lightning flower' yang berlaku akibat sambaran kilat hanya berlaku selama beberapa jam atau beberapa hari tetapi Winston mengalaminya sehingga sebulan.


Winston dikira beruntung kerana tidak menemui ajal di dalam kejadian tersebut. Rasanya Winston tidak mengalami komplikasi lain selepas Lichtenberg yang dialaminya beransur sembuh. Namun, corak abstrak Lichtenberg akan kekal di badannya sampai bila² dan itu akan menjadikannya seorang yang unik.

©Azurie : Sukar untuk dipercayai adanya kes seperti ini tetapi Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang tidak terjangkau dek imbauan akal hambanya.

Via : GearDiary

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.