Mar 15, 2012

Semak Ejaan Bahasa Melayu Dengan MyEja


Kadangkala apabila kita menaip terlalu laju di dalam bahasa ibunda, kita malas hendak menyemak perkataan yang kita tulis dengan anggapan bahawa ejaan tersebut telah betul. Namun, jika tulisan tersebut adalah karya penting yang perlu dihantar kepada pensyarah misalnya, mahu atau tidak, anda perlu jua memastikan semua ejaannya adalah betul. Jika sebelum ini check spelling hanya dikhususkan untuk Bahasa Inggeris, kini sudah ada semak ejaan untuk Bahasa Melayu yang dibangunkan dengan nama MyEja dan tersedia dalam bentuk add-on Firefox.


Sama seperti add-on yang lain, anda cuma perlu install MyEja dan restart semula Firefox anda. Kemudian, klik kanan dan tandakan ✔ pada bahagian Check Spelling dan tanda ✔ juga pada Malay / Malaysia di bahagian Language.

Seterusnya, ketika anda menulis entri blog atau komen di blog kawan, mungkin juga menulis status di Facebook, anda akan melihat ada garisan merah pada ejaan yang anda silap taip. Untuk membetulkannya, anda cuma perlu klik kanan dan telah tersedia beberapa pilihan perkataan yang mungkin sesuai untuk anda.

MyEja dibawakan kepada anda oleh Komuniti Mozilla Malaysia, dan dibangunkan berasaskan kepada projek OpenOffice Extension “Kamus Bahasa Malaysia (Malay Dictionary)”. Ia juga dilesenkan di bawah GNU GPL.

Selamat mencuba. Semoga kesalahan ejaan Bahasa Melayu anda dapat dikurangkan dengan adanya perkhidmatan seperti ini.

©Azurie : Selalu tersilap menaip perkataan akhir menjadi kahir dan Thai menjadi Tah_ errrr... lu pikirlah sendiri.


Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.