Mar 9, 2012

Seorang Lelaki Memiliki Enam Isteri


Seorang lelaki yang sudah pun mempunyai 4 orang isteri masih belum berpuas hati dengan 'pencapaiannya' itu. Justeru, dia mengahwini 2 orang wanita lagi untuk menambah 'koleksi' isterinya yang kini berjumlah 6 orang. Kes 1 suami 6 isteri ini terbongkar apabila waris terdekat lelaki tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, tampil memberikan maklumat.


Hani mendakwa lelaki yang berusia 50an itu telah menikah dengan isteri kelimanya di negara jiran [Thailand kot] sekitar Mac 2011 manakala sepurnama kemudian, dia turut menikahi seorang janda di tempat yang sama untuk mencukupkan 6 orang isteri.

Dakwaan Hani diperkukuhkan lagi dengan bukti iaitu sijil pernikahan lelaki terbabit dengan isteri kelima dan keenamnya. Mengulas lanjut tentang pendedahannya itu, Hani tidak sanggup lagi bersubahat dengan menyembunyikan perkahwinan haram yang dilangsungkan oleh lelaki itu.


Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Petikan Harian Metro


Penulis mahu penguatkuasaan undang² syariah dijalankan ke atas lelaki ini kerana menzalimi wanita dengan pernikahan yang tidak sah. Jika isteri nombor 5 dan 6 tidak mengetahui status sebenar mereka, maka malanglah nasib mereka ekoran hubungan kelamin yang sepatutnya halal bertukar haram. Nauzubillahiminzalik!

©Azurie : Lelaki oh lelaki... tindak-tandukmu kadangkala merentasi batas insani.


Via : Harian Metro

2 Comment

♛ Kerani Sekolah ♛ Fri Mar 09, 05:20:00 PM

nafsu mengusai diri :\ dengan 4 org pon belum tentu boleh adil,nak tmbah jdi 6..

Eriyza Sat Mar 10, 12:14:00 AM

@♛ Nazirah a.k.a Naz ♛:
Susah mahu adil malah berdosa pula
tu kerana sengaja menambah bilangan
isteri melebihi had yang dibenarkan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.