Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah diumumkan semalam menyaksikan kembar tiga mencatat keputsan cemerlang. Trio kembar yang mendapat gelaran 'Tiga Abdul' dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Kedah mendedikasikan keputusan cemerlang mereka buat ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.
Tiga kembar bertuah itu ialah Abdullah, Abdul Rahim dan Abdul Razak yang masing² mengakui tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji pelajaran secara konsisten adalah resipi kejayaan mereka.
Berikut ialah keputusan penuh SPM tiga beradik kembar ini :-
ABDULLAH - 7A 2B
ABDUL RAHIM - 9A
ABDUL RAZAK - 8A 1B
Kesemua mereka yang berazam untuk menjadi doktor menjadikan 7 biji kismis sebagai amalan pemakanan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
“Kami bertiga selalu mengadakan perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.
“Selain itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.
“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua lagi adik kembarnya.
Petikan Harian Metro
Sekalung tahniah diucapkan kepada Tiga Abdul dan juga semua pelajar SPM lain yang telah mengalas cabaran ini sebaik mungkin. Semoga terus sukses di hari mendatang.
©Azurie : Ada kenalan kembar perempuan yang bergeliga juga otaknya. Seorang sudaha berkahwin dan yang lagi seorang sedang asyik masyuk bercinta.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.