Seorang wanita tidak kisah diijabkabul di dalam wad setelah majlis pernikahan yang dirancang tidak dapat dijalankan di lokasi sepatutnya ekoran pengantin lelaki terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan dirawat di hospital. Murni Osman, 33, memilih untuk menikahi pasangannya, Izman Mohamad, 35 di Wad Ortopedik, Hospital Melaka.
Izman yang berkerusi roda memakai pakaian sedondon berwarna merah kekuningan seperti Murni baru sedar dari koma selama 3 hari. Pasangan ini bergelar suami isteri dengan 2 kali lafaz setelah dinikahkan Imam I Masjid Fat’hur Rahman, Pengkalan Rama, Yunos Bidin pada pukul 10 pagi. Pernikahan unik Izman ♥ Murni turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, handai taulan dan kakitangan hospital.
Sebaik bergelar isteri, Murni, seorang kerani di pejabat Umno Bahagian Bukit Katil di sini melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan itu berjalan mengikut jadual walaupun dalam keadaan serba ringkas.
"Mengikut perancangan, kami sepatutnya melangsungkan pernikahan di rumah saya di Durian Daun hari ini.
"Apapun, saya berasa amat bersyukur, gembira dan lega kerana majlis ini dapat dijalankan pada tarikh yang dirancang walaupun dalam hospital," katanya ketika ditemui di wad itu di sini.
Murni berkata dalam kemalangan itu, Izwan yang merupakan Pembantu Am Rendah di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Hang Tuah pada pukul 1 pagi.
Petikan Sinar Harian
Selamat pengantin baru kepada Izman ♥ Murni. Semoga kasih sayang kalian utuh sehingga ke hujung usia.
©Eriyza : Kalau sudah jodoh, segala tembok halangan pasti sanggup dirempuh.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.