Apr 24, 2012

Pejalan Kaki Jatuh Lubang Dibantu Pemandu Teksi


VIDEO GADIS TERJATUH KE DALAM LUBANG

Seorang remaja perempuan yang sedang bercakap melalui telefon bimbit telah terjatuh ke dalam lubang apabila laluan pejalan kaki yang dilaluinya tiba² runtuh. Mujurlah ada pemandu teksi yang menyaksikan kejadian itu ketika melalui kawasan tersebut.

Wang Wei bergegas keluar dari teksi untuk membantu remaja malang itu. Dia memanggil remaja beberapa kali tetapi tiada jawapan lalu dia nekad untuk turun ke dalam lubang yang berkedalaman 19 kaki dengan menggunakan kabel.

Tidak lama kemudian, pasukan penyelamat tiba. Mereka menghulurkan tangga ke dalam lubang agar remaja tersebut dapat naik. Remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

Menurt laporan NBC, remaja tersebut tidak menyedari ada dua notis 'waspada' yang diletakkan di dua kawasan berhampiran.

Syabas kepada Pakcik Wang Wei kerana mempunyai sifar perikemanusiaan tatkala masyarakat dunia menuding jari pada warga China yang tidak mempedulikan orang lain tatkala ada kemalangan berlaku sekitar mereka.

©Eriyza : Pernah membantu makcik yang tiba² terjatuh dari pacuan 4 roda akibat gagal mengawal tubuh kerana ditolak oleh cucu ciliknya yang nakal.

Via : Huttingpost

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.