Apr 22, 2012

Pelajar UPSI Jatuh Bangunan Lalu Mati


Seorang pelajar perempuan yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 3 [ada juga menulis tingkat 4] bangunan E-Learning setinggi 5 tingkat pada 21 April 2012. Arwah, Fatimah Mina Binti Md Juferi, 22, sempat diajar mengucap sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan berasal dari Bakri, Muar, Johor merupakan penuntut Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dengan pencapaian akademik yang baik (CGPA 3.57). Seorang saksi kejadian malang itu tidak dapat ditemubual berikutan masih trauma apabila mengingatkan tragedi yang berlaku pada pukul 5.15 petang di bahagian belakang bangunan tersebut. Ketika itu, para pelajar baru tamat kuliah tambahan. 

Mangsa yang berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat cedera parah dibahagian bawah pinggang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat pada pukul 9.30 malam. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis untuk merungkai kejadian ini. 

Terlalu banyak variasi cerita tentang kematian arwah yang tersiar sama ada di akhbar atau Facebook. Oleh kerana penulis tidak mengetahui fakta sebenar, maka penulis memutuskan untuk berkongsi info penting sahaja. Diharapkan kalian juga tidak membuat andaian bukan² tentang kes ini.  

©Eriyza : Al-Fatihah buat arwah. Takziah buat seluruh ahli keluarganya.

Via : Kamaluddin

3 Comment

ヌルシャフィカー.チー. Sun Apr 22, 04:21:00 PM

Salam, saya sahabat arwah. Sy, wakil rakan2 saya mohon anda delete gmbar arwah ditempat kejadian. Bimbang gambar tu boleh menimbulkan fitnah dan gambar tersebut mnambah kesedihan kluarga dan sahabat terdekat arwah. Mohon sgt2 dan minta maaf skiranya mnguris hati admin.

ヌルシャフィカー.チー. Sun Apr 22, 04:22:00 PM

Admin boleh lah delete komen sy slepas baca. Sy xtaw cara lain utk cntact admin slain cara ini.

Anonymous

Terima kasih kerana tidak mengaibkan arwah atas persepsi buruk orang lain.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.