Apr 17, 2012

Tuntut Wang Kerana Putus Tunang


Gara² ikatan pertunangan terlerai di pertengahan jalan pada 12 April 2010 sebelum sempat mendirikan mahligai bahagia, sepasang bekas tunang bertindak menyaman sesama sendiri. Jumlah tuntutan ganti rugi yang diminta oleh kedua²nya mencecah kos RM1.3 juta. Jika tuntutan ini diluluskan oleh mahkamah, maka kes ini akan merekodkan sejarah baru bagi perundangan syariah negara. Zuhaira Nadia Zulkipli, 24, dan bekas tunangnya, Kamarul Eddyhazli Zakaria, 30an, menfailkan saman menuntut ganti rugi dan teladan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, 21 Ogos 2010.

Pasangan ini dijadualkan bernikah pada 28 Mei 2010 tetapi sebulan menjelang tarikh tersebut, mereka telah memutuskan pertunangan ekoran masalah peribadi. Justeru, Zuhaira sebagai plaintif telah memfailkan tuntutan saman sebanyak RM400,000. Rentetan hal tersebut, Kamarul selaku defendan membuat tuntutan balik ganti rugi membabitkan RM900,000 dengan alasan tindakan bekas tunangnya tidak berasas.


Zuhaira diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Norfaizah Zainudin, manakala Kamarul diwakili peguam bela, Muhammad Nur Hafiz Roslan dan Hafez Zalkapli.

Muhammad Nur Hafiz yang ditemui di luar pekarangan mahkamah berkata, peguam bela Zuhaira (Zainul Rijal) tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menghadiri kursus berkaitan perundangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pihak kami (defendan) sudah mengumpul semua bukti kukuh bagi menyangkal dakwaan plaintif mengatakan pertunangan ini diputuskan anak guam kami.

“Jika tuntutan ganti rugi am RM500,000 dan tuntutan ganti rugi teladan RM300,000 serta beberapa kos lain dengan jumlah keseluruhan RM900,000 dibuat kami ini berjaya dan dibenarkan mahkamah, ia akan menjadi antara kes terawal di negara ini yang membenarkannya,” katanya.

Petikan Harian Metro


Mari kita lihat kronologi kes pasangan Zuhaira Nadia dan Kamarul Eddyhazli ini :-

Jadi Tunang : 20.02.2010
Putus Tunang : 12.04.2010
Jadual Nikah : 28.05.2010
Tarikh Saman : 21.08.2010

Jika dikaji sepintas lalu, pasangan ini bertunang tidak sampai ½ setahun. Tidak pula penulis pasti sama ada pasangan ini bercinta sebelum bertunang. Sepatutnya, hal ini boleh diselesaikan secara diplomasi, tidak perlu menyaman sesama sendiri.

©Eriyza : Pasangan berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi kalau hanya berstatus tunang. Paling penting, redha dengan ketentuan Ilahi, insyaAllah pulih sakit di hati.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.