Apr 20, 2012

Zara Shafruddin Mengahwini Nicholas Rudd Di Gereja


Nama Zara Shafruddin tiba² meledak bagaikan bom atom. Zara dilaporkan mengahwini Nicholas Rudd yang merupakan anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd. Perkahwinan ini menjadi isu kerana Zara yang dipercayai melayu dan Nicholas melafaz ikrar perkahwinan mereka di Gereja St James, King St, Sydney. Pada asalnya, perkahwinan pasangan ini dirahsiakan tetapi didedahkan di Twitter oleh Kevin Rudd, isterinya Theresa Rein dan anak perempuan mereka, Jessica yang gembira dengan majlis perkahwinan tersebut.


Perkahwinan Zara ♥ Nicolas hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan rapat mereka sahaja. Sejurus upacara perkahwinan selesai, mereka menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis resepsi.

Jika ditafsir dari namanya, tentu sekali Zara Shafruddin berbangsa melayu dan beragama Islam. Menurut Pakcik Google, Zara dan Nicholas adalah peguam yang berkhidmat di Clayton Utz, salah sebuah firma guaman terkenal di Australia. Zara mendapat pendidikan di College of Law (NSW), Griffith University dan Jerudong International School (Brunei). Malah Zara turut menambah Bahasa Melayu selain Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturannya. Ini menguatkan lagi dakwaan sesetengah pihak bahawa Zara berasal dari Brunei. Namun, agama anutannya tidak dinyatakan langsung.

Soalan berbangkit di sini, siapa sebenarnya Zara Shafruddin?? Jika benar dia muslim, adakah dia telah murtad?? Sejauh mana kebenarannya, tidak berani penulis ulas. Hanya Zara Shafruddin yang dapat merungkai semua kekusutan yang menjadi tanya tanya masyarakat dunia.

©Eriyza : Sedih melihat semakin ramai umat Islam yang keluar dari landasan jalan yang lurus.

Via : The Telegraph

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.