May 3, 2012

3 Mahasiswa UM Digantung 1 Semester


Tiga orang malangsiswa mahasiswa yang melibatkan diri di dalam demonstrasi anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 Januari lalu telah digantung pengajian selama satu semester berkuatkuasa serta-merta. Mereka didapati bersalah kerana memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam. Selain itu, mereka turut diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200.

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya, Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini telah hadir dalam prosiding tatatertib yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 3, Kompleks Perdana Siswa pagi ini.

Mohd Syahid (tahun akhir jurusan Sains Politik Islam) dan Muhammad Safwan (tahun tiga jurusan Pendidikan Islam) adalah mahasiswa Akademi Pengajian Islam. Haziq Abdullah pula merupakan pelajar tahun pertama jurusan Undang-undang.

Ketiga² mereka diwakili pensyarah Fakulti Undang-undang, Prof Azmi Sharom berdepan dengan jawatankuasa tatatertib tiga anggota yang mengendalikan prosiding berkenaan.

Pada 14 April lalu, seramai kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun menuntut pendidikan percuma dan pinjaman PTPTN dimansuhkan. Mereka juga bertindak mengalungkan bunga malai pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di perhimpunan tersebut.

©Eriyza : Tertanya² adakah mereka bertiga ini dibiayai oleh biasiswa FAMA atau pinjaman PTPTN??

Via : MalaysiaKini

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.