Misteri kewujudan air ajaib dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat terbongkar jua apabila siasatan Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat mendapati bahawa air tersebut hanyalah air paip. Sebelum ini timbul dakwaan bahawa 'air ajaib' tersebut boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Ternyata itu semua pembohongan semata-mata.
Serbuan yang dijalankan oleh sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor pada pukul 11.30 pagi telah mendorong tuan rumah untuk menjelaskan bahawa air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tiada keistimewaan, bahkan berpunca daripada paip bocor.
Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, serbuan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masyarakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.
Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.
Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.
“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.
“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.
Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpengaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.
Petikan Sinar Harian
Segelintir masyarakat mudah terpengaruh dengan benda² tidak masuk akal tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya.
©Eriyza : Air paling ajaib ialah air putih kerana ia menyihatkan badan jika diambil lapan gelas sehari secara konsisten, tak perlu tadah air dari bumbung.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.