May 23, 2012

Bapak Mahu Elak Bayar Nafkah Anak


Desmond Hatchett yang berusia 33 tahun dari Knoxville, Tennessee mencipta rekod sebagai bapa yang mempunyai paling ramai anak di daerah itu. Hatchett memiliki 30 orang anak hasil daripada hubungannya dengan 11 orang wanita yang berbeza. Walaupun 'kaya' anak tetapi dia tidak mampu menyara anaknya. Oleh kerana itu, dia meminta mahkamah mengecualikannya daripada membayar nafkah anak.


Sebahagian gajinya telah diambil oleh kerajaan untuk membayar nafkah anak tetapi jumlahnya terlalu sedikit kerana Hatchett hanya menerima gaji minimum. Kebanyakan ibu kepada anaknya hanya menerima AS$1.49 (RM 4.70) sebulan. Anaknya yang paling tua berusia 14 tahun. Menurut Hatchett, dia pernah mendapat empat orang anak setahun dan ianya berlaku sebanyak dua kali.

Dia pernah dihadapkan ke mahkamah pada tahun 2009 akibat kegagalan membayar nafkah kepada anak²nya yang seramai 21 orang ketika itu. Atas pertuduhan itu, dia berazam untuk tidak mempunyai anak lagi. Akan tetapi, dalam tempoh 3 tahun, Hatchett telah menambah 9 orang anak lagi. Memiliki anak yang ramai bukan satu kesalahan dan kerajaan tidak boleh menghalangnya menambah zuriat.

Apabila wartawan menyoalnya sejauh mana dia mengenali setiap anak²nya, Hatchett dengan yakin berkata bahawa dia mengingati semua nama, umur dan tarikh lahir anak²nya.

©Eriyza : Mr Hatchett, become a responsible father. Take care of your kids, quit making more.

Via : Black Media Scoop

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.