David Chan dari Pandan Indah terkejut apabila menerima bil elektrik yang tidak logik. Bil elektrik yang diterimanya untuk bulan Mac berjumlah RM8,241.55. Justeru, dia menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan semula kadar elektrik yang dikenakan ke atasnya.
David yang berusia 51 tahun memberitahu bahawa dia menerima bil elektrik berserta tunggakan berjumlah RM2,226.25 pada 17 Januari 2012. Namun, dia semakin buntu apabila dua bulan kemudian, bil elektrik yang diterimanya meningkat sebanyak RM6,000 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM8,241.55.
“Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh dua bulan sahaja.
“Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan tidak mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Petikan Kosmo!
Mungkin berlaku kesilapan teknikal dari pihak TNB. Kasihan Pakcik
©Eriyza : Sudah biasa membayar bil elektrik dengan kadar yang tinggi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.