May 12, 2012

Ford Escort Digantung Atas Pokok


Zbigniew Filo tidak menyangka dia akan diberi kejutan apabila bangun dari tidur. Kereta Ford Escort yang selalu dipandunya secara berbahaya dilihat tergantung di atas pokok. Itulah 'hadiah' yang diberikan oleh penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow di atas 'keberanian' Filo menjadikan kawasan itu 'litar lumba' keretanya.

Filo dikatakan sering memandu melebihi had laju secara berbahaya walaupun belum mempunyai lesen yang sah. Pemuda berusia 24 tahun itu membuat aduan di balai polis tentang keretanya namun polis menyuruhnya menurunkan kereta itu sendiri.

Penduduk kampung sepakat untuk merahsiakan pelaku yang menggunakan kren untuk meletakkan kereta tersebut di atas pokok kerana menyifatkan individu tersebut berniat baik.


“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.

“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.

Petikan Harian Metro


Filo menganggap tindakan penduduk di kejiranannya itu melampau tetapi berjanji akan mengubah tabiatnya.

©Eriyza : Sudah 'bersara merempit' di jalanraya sejak ada 'polis trafik + jpj' di kerusi sebelah.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.