May 22, 2012

Polis Rempuh Kediaman Perdana Menteri


Seawal jam 5 pagi 20 Mei 2012, sebuah kereta berjenama Proton Satria yang dinaiki oleh 5 orang polis telah merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Dua daripada mereka patah kaki dan hidung manakala tiga lagi yang lain hanya cedera ringan. Semua mangsa yang berusia antara 20 sehingga 22 tahun dirawat di Hospital Putrajaya.

Kesemua polis berpangkat Konstabel tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dipercayai sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh tidak menolak mengantuk atau mabuk sebagai punca kemalangan dan pihaknya akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu untuk menyiasat punca sebenar.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.