May 17, 2012

Prof Madya Dr Mohd Asri Bergelar Datuk


Bekas Mufti Negeri Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kini berstatus Datuk setelah menjadi penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar yang sekaligus membawa gelaran Datuk Arif Perkasa. Anugerah itu diperolehinya sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Dr Mohd Asri tersenarai antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran yang lain termasuklah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata,
majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.

Tahniah kepada Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di atas kurniaan Datuk Arif Perkasa. Semoga terus berjuang di landasan yang benar.

©Eriyza : Tertanya-tanya bilakah Khairy Jamaluddin (KJ) akan bergelar Datuk.

Via : MalaysiaKini

1 Comment

Unknown Thu May 17, 06:16:00 PM

ermmm tahniahlaa semoga dengan penganugerahn itu mmberikan kelainan buat beliau

Entri Terkini Kazen >> Follow 100 Blog Part 3

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.