May 25, 2012

Siti Norsarah Menang Anugerah Emas


Siti Norsarah Suhaimi, pelajar Tingkatan Empat Kolej Tunku Kurshiah (TKC) telah menempa kejayaan apabila hos air automatik rekaannya berjaya meraih dua anugerah antarabangsa. Pelajar tersebut memenangi Anugerah Emas kategori keseluruhan pertandingan dan Anugerah Khas daripada Pertubuhan Reka Cipta Korea dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania yang telah diadakan pada 9 hingga 14 Mei lalu.


Hos air automatik rekaan Siti Norsarah diberi nama Aqueract. Antara fungsi utama Aqueract adalah untuk mengekalkan kebersihan tandas.


Menurut Siti Norsarah, idea menghasilkan ciptaan yang dinamakan 'Aqueract' itu timbul hasil pemerhatiannya ke atas kebersihan hos air di tandas awam.

"Jika kita perhatikan, hos air di tandas awam kebanyakannya kotor untuk dipegang, maka dari situ lahirnya idea untuk saya menghasilkan hos air automatik menggunakan teknologi pengesan haba.

"Menerusi rekaan saya itu, pengguna hanya perlu mendekatkan tangan ke tempat pengesan dan hos akan keluar, begitu juga untuk memasukkannya semula," katanya kepada pemberita selepas majlis bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, menerusi ciptaannya itu hos air akan sentiasa berada dalam bekas di dinding selain fungsi penyemburan pembasmi kuman selepas penggunaannya.

Katanya, dia mengambil masa setahun untuk menyiapkan 'Aqueract' itu dan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi memberitahu, reka cipta merupakan bidang yang sangat diminatinya dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk pertandingan reka cipta peringkat negeri serta kebangsaan tahun lepas.

Petikan Utusan Malaysia


Tahniah dan syabas kepada Siti Norsarah. Semoga terus berjaya pada masa hadapan. Selepas kejayaan dua pelajar perempuan menghasilkan kertas dari lalang, muncul pula rekaan hos air automatik. Ternyata pelajar² perempuan Malaysia mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan produk yang inovatif untuk kegunaan masyarakat sejagat.

©Eriyza : Masih menanti rekaan bungkusan nasi lemak automatik.

Via : Utusan Malaysia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.