May 31, 2012

Tengku Mahkota Johor Bidas Mohammad Nizar


Berikutan senarai pembida nombor pendaftaran siri WWW dikeluarkan beberapa hari lalu, maka 1Malaysia tahu bahawa Sultan Johor berjaya mendapatkan WWW 1 dengan harga RM520,000. Rentetan dari pengumuman tersebut, ada pihak yang kurang senang dengan jumlah bidaan Sultan Ibrahim yang dianggap tidak berbaloi dan membazir.

Lebih mencetuskan kontroversi lagi, bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menulis di Twitternya agar wang ½ juta itu dilaburkan untuk rakyat Johor yang miskin.


Ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar itu, Tengku Mahkota Johor tampil memberi maklum balas terhadap tuduhan yang dianggap tidak berasas. Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim melalui Twitternya turut menyarankan agar pihak tertentu mencari kebenaran sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Bak kata TMJ, 'so before you open your mouth, do your research.


©Eriyza : Kalau banyak wang ringgit, mahu ajak semua ahli keluarga buat umrah.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.