Jun 28, 2012

Anak Mati Ditolak Suami


Seorang lelaki dan sepasang anaknya ditemui mati dipercayai terjatuh daripada tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras. Kejadian menyayat hati itu berlaku pada pukul 8.40 malam sebelum mayat ketiga-tiga mangsa dilihat oleh Sharizuraidah Ridzuan yang bergegas ke tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

Suami Sharizuraidah yang bernama Ismail Khan, 39, dipercayai menolak anak lelakinya Mohd Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6, sebelum dia sendiri turut terjun dari tingkat 21 kondominium tersebut.

Rakyat Pakistan itu dikatakan bertindak demikian berikutan kecewa dengan permohonan cerai isterinya yang bertugas sebagai Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur. Sharizuraidah yang masih bingung dengan tragedi yang menimpa suami dan anak-anaknya asyik menangis walaupun cuba ditenangkan oleh ahli keluarganya yang lain.

©Eriyza : Simpati pada Puan Sharizuraidah yang kehilangan semua insan yang disayanginya dalam sekelip mata.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.