Jun 5, 2012

Gerhana Separa Bulan 4 Jun 2012


Gerhana separa bulan telah berlaku pada 4 Jun 2012. Gerhana bulan separa mula dilihat pada jam 7.15 malam dan berakhir pada jam 8.06 malam. Ini merupakan gerhana separa bulan yang pertama untuk tahun 2012.


Gerhana Separa Bulan

Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H

Permulaan Gerhana : 18:00

Pertengahan Gerhana : 19:03

Mula Dapat Dilihat : 19:15

Akhir Gerhana : 20:06





Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang umbra pada jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang umbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara Melaka).

Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap. Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama. Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam 20:06, maka berakhir gerhana separa.

Gerhana berakhir sepenuhnya apabila Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik selesai solat maghrib.

Petikan Al-Azim


Fenomena alam yang mengagumkan dapat mengingatkan manusia sejagat tentang kekuasaan Allah yang tiada taranya. Namun, jika anda menyaksikannya tanpa 'iman', maka tanggapan anda hanyalah berkisar tentang ilmu sains.

©Eriyza : Tidak berpeluang mencerap gerhana separa bulan kerana sibuk dengan urusan harian.

Via : Malaysia Lunar Eclipse | Al-Azim

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.