Jun 14, 2012

Guru Lekap Seterika Pada Budak Tadika


7 orang budak tadika mengalami nasib malang apabila dilekapkan dengan seterika panas di pipi oleh guru mereka kerana bersembang. Guru tersebut yang hanya dikenali sebagai Yi telah ditahan polis ekoran kesemua budak tersebut mengalami kesan melecur di pipi masing-masing. Kes ini berlaku di sebuah tadika di wilayah Jiangsu.

Perbuatan zalim Yi yang masih bujang terbongkar apabila seorang guru lain yang kebetulan melalui kelasnya mendengar tangisan budak dan segera menyiasat. Guru tersebut menghalang tindakan Yi dengan merampas seterika di tangannya.

Yi mendakwa dia hanya mahu menakut-nakutkan pelajarnya tanpa mengetahui seterika itu masih panas. Yi juga menyuruh 7 budak tersebut berbohong kepada ibu bapa mereka dengan mengatakan bahawa mereka terjatuh sewaktu berebut-rebut ketika masuk ke tandas. Pihak tadika akan membiayai kos rawatan pelajar mereka yang akan menjalani rawatan di Shanghai.

©Eriyza : Tidak pernah bawa seterika ke kelas.

Via : Daily Chilli

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.