Jun 22, 2012

Kajol Kelantan Gagal Dalam Rayuan


Penyanyi dikir barat moden Kelantan yang menggelarkan dirinya sebagai Kajol Bollywood mencuri tumpuan orang ramai ketika tampil persis 'lelaki sejati' dengan mengenakan pakaian lelaki dan berkopiah putih. Kajol hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendengar keputusan rayuan terhadap kesnya yang dibicarakan tahun lepas.


Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 21 Jun 2011 selepas mengaku salah terhadap tuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April tahun sama. Denda itu telah dilunaskan sebelum dia membuat rayuan untuk mengenepikan hukuman penjara.

Namun, Kajol gagal di dalam rayuannya semalam untuk menolak hukuman penjara sebulan tetapi Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty menangguhkan hukuman tersebut selama setahun dengan syarat Kajol hendaklah berkelakuan sopan sepanjang tempoh tersebut.

©Eriyza : Kajol, jadikan hukuman yang diberi sebagai langkah untuk berubah. Terimalah hakikat diri bahawa anda dilahirkan sebagai lelaki.

Via : Harian Metro | Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.