Jun 21, 2012

Microsoft Melancarkan Tablet Surface


Sekian lama bertapak, syarikat komputer terkenal di dunia iaitu Microsoft telah membangunkan sebuah komputer tablet Windows. Pada hari Isnin lalu, Microsoft telah melancarkan Surface, sebuah tablet PC yang akan menggunakan versi sistem operasi Windows yang dipanggil Windows 8.


Melalui Surface, ia didatangkan dalam dua variasi, iaitu dijana menggunakan sistem operasi Windows RT dan juga Windows Pro, serta beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan slot mikro-SD, USB, dan juga pelindung yang pada masa yang sama berfungsi sebagai papan kekunci.

Kamera hadapan turut disertakan untuk membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah, apatah lagi dengan Skype yang kini menjadi milik Microsoft.

Dengan pengenalan Surface juga, ia sekaligus membawakan tablet yang direkabentuk dengan baik untuk para pengguna, apatah lagi Microsoft sendiri mengawal hardware dan juga penggunaan sistem operasi padanya. Namun apakah reaksi para pengeluar lain berkaitan dengan Surface ini masih tidak diketahui lagi.

Petikan Amanz

Adakah tablet PC bernama Surface ini bakal menjadi pesaing hebat untuk iPad??

©Eriyza : Belum pun mampu beli iPad, sudah 'tubik' pula Surface.

Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.