Rabu lalu (27062012), pejabat perisian komputer terkenal di dunia yang diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen, Microsoft Corp di Athens, Greece telah dibakar oleh sekumpulan penyerang. Mereka merempuh pintu masuk dengan sebuah van mini sebelum bertindak membakar van berkenaan yang telah diisi dengan tong gas.
Penyerang bertopeng yang memiliki pistol dan senjata api turut menghalau dua pengawal keselamatan yang bertugas sebelum serangan itu dilancarkan. Letupan dan kebakaran yang berlaku pada pukul 4 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bahagian lobi dan tingkat bawah. Kerosakan kecil turut dikesan di tingkat pertama tetapi tiada korban jiwa dilaporkan.
Jurucakap Microsoft berkata, pejabat tersebut akan ditutup sementara bagi membaiki kerosakan yang berlaku. Kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak AS$75,000 (RM239,289). Polis menolak kemungkinan bahawa serangan tersebut didalangi oleh kumpulan pelampau.
©Eriyza : Mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas ibu pejabat Microsoft ini.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.