Seorang lelaki cuba merompak pasar mini Shirley Express pada Mei 2009 dengan bersenjatakan pemukul bola lisut. Malangnya, cubaannya gagal tatkala diacu senjata api oleh pemilik kedai tersebut. Perompak tersebut melutut sambil menangis lalu berkata "Saya minta maaf, saya tidak mempunyai makanan. Saya tidak ada duit. Seluruh ahli keluarga saya sedang kelaparan. Jangan memanggil polis. Jangan menembak saya."
Mendengarkan rintihan sang perompak, timbul simpati di hati Mohammad Sohail, lalu dia memberikan wang sebanyak $40 dan sebungkus roti. Dia juga menyuruh perompak itu berjanji bahawa dia tidak akan merompak lagi. Walaupun perompak tersebut berpeluang untuk lari tetapi dia tidak berbuat demikian. Dek kerana akhlak terpuji seorang muslim, terbuka hati perompak untuk memeluk agama Islam. Kalimah syahadah dilafaz lalu Sohail menamakannya Nawaz Sharif Zardari.
Kebaikan hati Mohammad Sohail yang berusia 47 tahun telah tersebar dengan cepat. Ramai yang memuji akhlak yang ditunjukkannya dengan memberikan ucapan tahniah dan pelbagai kad.
Enam bulan berselang, pada hari Rabu (11 Nov 2009), Sohail yang berasal dari Pakistan menerima sepucuk surat 'misteri' tanpa nama dan alamat. Di dalamnya terdapat sekeping nota dan wang tunai $50. Surat itu sudah tentu datangnya dari perompak berkenaan.
Kandungan surat yang bertajuk You Change My Life berbunyi :-
First of all I would like to say that I am sorry. At the time I had No money No food on my table No Job, and nothing for my family. I know that it was wrong, but I had know (sic) choice. I needed to feed My family. When You had That gun to my head I was 100% that I was going to die.
That was the only reason why I ask you to become a muslim. Because you spared my life, i decieded (sic) to become a true muslim. Sense (sic) then my life has change.
Now I have a new child and good job make a good money staying out of trouble and taking care of my family. You gave me forty dollars and a loaf of bread. Here is fifty dollars. Thank you for sparing my life Because of that you change my life.
** Banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat dapat penulis kesan. Mungkinkah si perompak bukan penutur Bahasa Inggeris yang fasih?? **
Mohammad Sohail telah meninggal dunia pada bulan Ogos, 2010 ketika berusia 48 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
©Eriyza : Jelaslah terbukti bahawa akhlak yang baik dapat mendorong orang lain untuk menjadi baik juga.
1 Comment
Allahuakbar..
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.