Jun 18, 2012

Suami Cucuh Api Pada Isteri


Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang suami yang telah memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan wang kertas RM1 yang dibakar sehingga melecur. Wan Mustafa Mamat, 40, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Rohana Abdullah, 40, di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan pada pukul 9.30 malam 2 Februari 2012.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh yang juga merupakan bekas banduan mengaku bersalah. Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

©Eriyza : Apa kata hukuman baling kerusi dan cucuh api dikenakan pula kepada tertuduh??

Via : Kosmo

1 Comment

Unknown Mon Jun 18, 04:34:00 PM

hukuman yg terlalu ringan di situ

Entri Terkini Kazen >> Monday is here, working at night

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.