Jul 25, 2012

Ahmad Jazimin Saman FAM


Ahmad Jazimin Mohd. Jalaludin, 30, bekas pereka grafik yang buta mata kanan akibat terkena letupan mercun ketika menonton perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas, telah memfailkan saman berjumlah RM776,000 pada hari ini terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.


Writ saman berkenaan difailkan menerusi Tetuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Menerusi penyata tuntutan, mangsa mendakwa ada mercun jatuh di tempat duduk penonton lalu meletup dan mengenai mata kanannya. Ekoran kejadian pada pukul 8.45 malam ketika dia melihat perlawanan bola sepak prakelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 telah mengakibatkannya mengalami kecacatan kekal.


Mangsa turut mempersoalkan kegagalan pihak FAM mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan. Defendan kedua dan ketiga turut dipersalahkan apabila tidak menempatkan anggota yang secukupnya malah tiada pemeriksaan badan dan objek terlarang dilakukan ketika peminat mula membanjiri stadium.

Antara tuntutan ganti rugi yang dikemukakan oleh Ahmad Jazimin termasuklah ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi has RM100,000, faedah, kos dan relif lain.

©Eriyza : Tidak pernah menonton bola sepak di stadium.

Via : Sokernet

2 Comment

Unknown Wed Jul 25, 04:13:00 PM

jumlah saman tinggi sekali pun tidak bisa mengembalikan normaliti seseorang tapi ia mungkin ckup sebagai pengajaran kepada pihak yg bertanggungjawab :)

Eriyza Mon Jul 30, 11:38:00 AM

@Kazen:
Betul. Sekurang-kurangnya pihak
berwajib lebih peka dgn keadaan
penonton di stadium selepas ini.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.