Pelajar dari sebuah sekolah agama dibelasah oleh kira-kira 18 orang rakan asramanya kerana dituduh mencuri wang RM100 milik pelajar lain. Muhammad Fareez Akmar Mustapa yang berusia 16 tahun mendakwa dia lebam pada muka, paha, belakang badan serta betis dipercayai dipukul menggunakan objek keras.
Kes itu berlaku pada pukul 1.30 pagi dan mangsa terus dibelasah sehingga jam 5 pagi sebelum dibiarkan terbaring kesakitan di lantai.
“Saya dipukul tanpa henti kerana enggan mengaku mencuri wang sebanyak RM100 milik seorang pelajar. Mulanya mereka tanya dan saya jawab tidak tahu, lantas mereka menarik saya ke tengah bilik lalu memukul saya.
“Selepas itu saya ditarik masuk ke sebuah bilik lain dan dibelasah lebih 10 pelajar kerana tidak mengaku mencuri wang itu. Saya tidak tahu perkara itu dan merayu agar mereka tidak memukul saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Manjoi, di sini, semalam.
Muhammad Fareez Akmar berkata, rayuannya tidak didengari, malah dia terus dibelasah termasuk dengan selipar serta batang penyapu dan kejadian itu berlarutan sehingga jam 5 pagi.
“Selepas itu, mereka biarkan saya terbaring di lantai selama beberapa jam sebelum saya kembali ke katil dan menghubungi ibu untuk mengambil saya di asrama,” katanya.
Ibu mangsa, Azian Ismail 40, berkata, dia terkilan dengan sikap pelajar terbabit terutama keengganan mereka meminta maaf kepada mereka sekeluarga walaupun telah mengaku memukul Muhammad Fareez Akmar.
“Lebih dikesali, warden asrama tidak mengetahui kejadian itu sehingga kehadiran kami ke asrama. Kami difahamkan kes pukul telah menjadi kebiasaan pelajar, cuma ia tidak dilaporkan kepada guru.
“Saya bawa Muhammad Fareez Akmar balik untuk mendapat rawatan kerana mukanya bengkak teruk dan atas nasihat doktor, saya buat laporan polis,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Pelajar sekolah semakin teruk akhlaknya. Warden perlu menyiasat dengan segera jika berlaku sebarang perlakuan yang mencurigakan.
©Eriyza : Bila terbaca kisah pelajar sekolah yang ganas, automatik teringat watak Daim + Botak dalam drama Juvana.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.