Sedekad lalu, seorang lelaki membiarkan sahaja ibunya dihalau dari rumah oleh isterinya. Kini, dia pula mengalami nasib malang yang sama apabila diusir oleh isteri dan anaknya sendiri. Abdul Rahman Talib, 60, kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, Padang Besar iaitu tempat yang sama ibunya menumpang kasih selepas disisihkan.
Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.
“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Petikan Harian Metro
Mudah-mudahan dosa pakcik ini terhadap ibunya telah diampunkan. Buat isteri dan anak pakcik ini, segeralah memohon ampun maaf di atas kesalahan kalian kerana menderhaka kepada orang tua terlalu besar dosanya.
©Eriyza : Sayang ayah selama-lamanya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.