Jul 24, 2012

Kena Renjatan Elektrik Ketika Kelapa Dikait


Hajat seorang lelaki untuk menambah pendapatan dengan menjual kelapa tidak kesampaian apabila dia terkena renjatan elektrik ketika sedang mengait buah kelapa tua. Mangsa, Riduan Hashim, 31, mengalami renjatan elektrik tatkala batang galah aluminium yang digunakannya mengenai kabel elektrik. Kejadian pada pukul 6 petang itu berlaku berhampiran rumah mangsa di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.

Riduan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Ketika kejadian, dua lagi rakan Riduan turut berada di situ. Namun, Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, dan Suhaimi hanya mampu melihat sebelum membawa mangsa ke hospital.


Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

Petikan Harian Metro


©Eriyza : Harap keluarga Riduan tabah menerima musibah yang melanda. Semoga mangsa cepat sembuh.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.