Aug 7, 2012

Anak Jadi Korban Ritual Pemujaan


Seorang budak perempuan berusia dua tahun, Chuah Wan Xuan, menemui ajal selepas ditindih tanpa perikemanusiaan oleh lapan ahli keluarganya termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia di dalam satu ritual pemujaan. Kematian budak malang itu berlaku di rumahnya di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam kelmarin.


Wan Xuan dipercayai ditindih oleh ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu dan amah yang berusia di antara 16 hingga 67 tahun di dalam satu upacara pemujaan untuk menghalu hantu.


Menurut saksi yang juga bapa saudara mangsa, dia curiga apabila panggilannya tidak diendahkan malah rumah yang tidak berkunci serta keadaan bilik utama di tingkat atas yang gelap membuatkannya nekad menghubungi pihak polis.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis yang menerima laporan daripada bapa saudara mangsa yang mengesyaki sesuatu perkara pelik berlaku di rumah dua tingkat yang diduduki keluarga berkenaan terus menghantar pasukan penyiasat.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati keadaan rumah tersebut gelap dan apabila pemeriksaan dilakukan polis menemui lapan individu berada dalam keadaan sudah lemah di bilik utama yang berkunci.

“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan individu berkenaan dan mangsa sudah mati,” kata beliau sambil memberitahu mangsa dan lapan individu itu ditemui berada dalam satu selimut besar.

Petikan Kosmo!


Tidak pasal-pasal budak perempuan yang tidak bersalah menjadi korban kepercayaan karut anggota keluarganya.

©Eriyza : Konon nak halau hantu, akhirnya anak sendiri mati dibunuh.


Via : Kosmo! | Harian Metro

2 Comment

Aimmie Qistina Wed Aug 08, 02:18:00 PM

thanks. dari semalam sy cari berita ni.

Eriyza Thu Aug 09, 11:30:00 PM

@Aimmie Qistina:
Sama-sama. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.