Aug 29, 2012

Bapak Saman Anak


Lazimnya kita dengar kes saman menyaman melibatkan individu yang tiada kaitan darah tetapi kali ini berbeza apabila seorang bapa memenangi tuntutan saman ke atas anak kandungnya sendiri. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Rosdi Harun mengarahkan seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak, Nasrun Mustafa, 39, membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya kerana mengabaikan mereka sejak 8 tahun lalu.

Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, memenangi tuntutan saman ke atas anaknya itu setelah prosiding mahkamah berlangsung semalam setelah difailkan sejak tahun 2010.


Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.

Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.

Petikan Harian Metro


Wow, bergaji lumayan setiap bulan pun lokek mahu beri nafkah pada anak-anak dan wang bulanan kepada orang tua??

©Eriyza : Kalau kaya, mahu belikan apa saja untuk keluarga. InsyaAllah.

Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.