Seorang ibu berusia 33 tahun dari China telah melahirkan kembar 7 pada hari Isnin lalu. Jinan Huang yang telah melalui proses kelahiran selama 31 jam telah diberi tempoh selama seminggu oleh kerajaan untuk memilih seorang bayi yang akan dibesarkan.
Jinan melahirkan 5 bayi lelaki dan 2 bayi perempuan. Setelah berfikir panjang, dia dan suaminya memutuskan untuk membesarkan bayi yang lahir pada urutan kedua kerana bayi itu paling berat. Mereka berharap bayi itu panjang umur dan mampu menjaga mereka ketika tua kelak.
Enam kembar yang lain akan dibuang dari puncak gunung, selaras dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak polisi ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuatkuasakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan berusaha bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat menafikan dakwaan bahawa dia mengambil pil kesuburan kerana perbuatan itu boleh membawa kepada hukuman mati. Dia turut memohon maaf kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin di atas kelahiran bayi kembarnya yang dianggap memalukan dan tidak bertanggungjawab.
©Eriyza : Sepatutnya kerajaan China menyerahkan bayi tersebut kepada pasangan berkahwin yang belum mendapat zuriat. Bukannya dilempar macam sampah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.