Aug 14, 2012

Emak Disisih Anak


Luluh hati penulis membaca luahan hati seorang ibu yang mahu bertemu empat orang anak kandungnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ibu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) disisihkan oleh semua anaknya setelah disahkan menghidap HIV.

Lebih menyedihkan apabila wanita ini mendapat HIV melalui suaminya yang terkenal sebagai kaki perempuan. Kini, dia menghabiskan baki hidupnya di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids.


Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.

“Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.
“Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.

“Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa,” katanya yang berasal dari utara Semenanjung.

Petikan Harian Metro


Wahai anak-anak makcik Nur Haina, peliharalah ibu kalian selagi ada hayatnya di kandung badan.

©Eriyza : Simpati dengan nasib ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak di pusat penjagaan orang tua.

Via : Harian Metro


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.