Seorang lelaki cuba menjadi kekasih romantik buat teman wanitanya. Namun, idea kreatifnya ternyata mengundang padah apabila dia sendiri hampir mati. Hu Seng, dari selatan China mengirimkan dirinya sendiri di dalam sebuah kotak besar sebagai hadiah kepada buah hatinya, Li Wang.
Dia juga mengarahkan rakannya ke pejabat gadis tersebut untuk merakam reaksi teman wanitanya apabila mendapati hadiah yang diterima terlalu 'istimewa'.
Perjalanan hadiah yang dikirim sepatutnya hanya 30 minit tetapi telah mengambil masa selama 3 jam ekoran penghantar barangan tersebut tidak menemui lokasi yang tercatat di alamat.
Sebaik kotak dibuka, Li Wang memang sangat 'teruja' dengan 'hadiah mahal' yang diterimanya sehingga dia terpaksa memanggil paramedik apabila mendapati Hu Seng hampir mati kerana kekurangan oksigen.
Lelaki itu gagal menebuk lubang pada kotak berikutan kotak itu terlalu tebal. Dia juga tidak menjangkakan bakal melalui 'perjalanan pos' yang begitu lama sehingga mengancam nyawanya.
Penulis biasa melihat hadiah berbentuk orang dikirim kepada insan yang disayangi di dalam drama Korea tetapi tidak pernah pula ada 'hadiah' yang pengsan di dalam kotak hadiah. Lelaki China ini sememangnya romantik tetapi rancangannya tidak begitu professional.
Jika penulis mahu lakukan kejutan serupa, penulis akan suruh sahabat menyamar sebagai posmen malah hanya akan masuk ke dalam kotak setibanya di lokasi. Kemudian, barulah kotak berkenaan akan dibalut dan dihantar kepada penerima.
©Eriyza : Berharap 'Bintang Malam' akan muncul dari kotak misteri.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.