Aug 21, 2012

Kelly Hildebrandt Mengahwini Kelly Hildebrandt


Ada pasangan berkahwin kerana persamaan yang ada pada mereka. Misalnya berkongsi hobi, makanan dan lain-lain. Lain pula halnya bagi pasangan Kelly Hildebrandt yang berkahwin kerana mempunyai nama yang sama. Pada suatu malam dalam tahun 2008, Cik Kelly Katrina Hildebrandt, 20, berasa bosan lalu menaip namanya di carian Facebook.


Hanya satu carian yang terpampang dan nama itu merujuk kepada Encik Kelly Carl Hildebrandt, 24, yang tinggal di Lubbock, Texas. Lalu Cik Kelly Hildebrandt menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu.


Hi. We had the same name. Thought it was cool.


Tiga bulan berikutnya mereka saling email dan menelefon. Selepas itu, Encik Kelly Hildebrandt pergi ke Florida untuk bertemu dengan pemilik nama yang sama dengannya. Pertemuan itu tidak sia-sia kerana mereka saling jatuh cinta.

Oktober 2010, kedua-dua Kelly Hildebrandt berkahwin. Ada perkara lucu berlaku pada mereka apabila percutian mereka di atas persiaran hampir gagal apabila agen tiket memadam salah satu nama mereka kerana fikir berlaku kesilapan pada sistem. Selepas kejadian itu, mereka memutuskan untuk meletakkan nama tengah mereka untuk setiap urusan penting.

Ketika ditanya adakah anak mereka juga akan diberi nama Kelly, Cik Kelly Hildebrandt segera mengatakan tidak.

©Eriyza : Tidak terfikir untuk kahwin dengan orang sama nama.

Via : TheAge


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.