Aug 6, 2012

Lee Chong Wei Tewas Memburu Pingat Emas


Sebentar tadi berakhirnya sukan badminton akhir lelaki di Olimpik 2012. Pertembungan epik antara pemain Malaysia, Dato' Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China berkesudahan dengan sengit. Lee Chong Wei tewas dalam pemburuan pingat emas pertama Malaysia. Lin Dan yang menerima jolokan Super Dan berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Beijing 2008.

Perlawanan akhir yang disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 8 malam menyaksikan Chong Wei tewas 21-15, 10-21, 19-21. Kedua-dua pemain terpaksa berhempas pulas selama 79 minit untuk menyaingi lawan sehingga mengheret permainan ke set ke-3 untuk menentukan juara.


KEPUTUSAN AKHIR BADMINTON LELAKI OLIMPIK 2012
DATO' LEE CHONG WEI VS LIN DAN

Set 1
Lee Chong Wei ( 21 ) – ( 15 ) Lin Dan

Set 2
Lee Chong Wei ( 10 ) – ( 21 ) Lin Dan

Set 3
Lee Chong Wei ( 19 ) – ( 21 ) Lin Dan



Sekalung tahniah dan syabas buat Chong Wei kerana membutirkan pingat perak untuk Malaysia. Dek penangan Chong Wei, Jalur Gemilang berkibar megah buat pertama kalinya di Webley Arena.


Buat tentera laut, Dato' Lee Chong Wei, usah terlalu sedih kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk mengalahkan tentera darat, Lin Dan. Rakyat Malaysia berdiri teguh menyokong perjuangan anda. Kami bangga dengan Dato' Lee Chong Wei.

©Eriyza : Chong Wei akan dikenang sebagai lagenda badminton negara. Chong Wei Hero Malaysia.

4 Comment

Unknown Mon Aug 06, 06:00:00 PM

http://rozssalovepink.blogspot.com/2012/08/dlee-chong-wei-yang-terhebat.html

saya bangga dgn dia..malaysia boleh!!! ..huhu

Gary Asip Mon Aug 06, 07:33:00 PM

i'm proud of him.. he is our hero..

http://www.garyasip.com/2012/08/tahniah-datuk-lee-chong-wei.html

Eriyza Thu Aug 09, 11:28:00 PM

@princess love:
Yeah, Chong Wei boleh!!!

Eriyza Thu Aug 09, 11:29:00 PM

@GaRy™:
Aha, Chong Wei our superhero! :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.