Seorang jutawan mengalami detik cemas apabila diculik selama 9 jam oleh 5 orang penculik sebelum kesemua mereka diberkas oleh polis di sebuah persimpangan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 5.30 pagi. Ahli perniagaan hartanah itu diculik di kawasan Perkampungan Portugis sebelum dilarikan ke Kuala Lumpur menggunakan MPV jenis Toyota Alphard.
Penculik turut meminta wang sebanyak HKD20 juta (RM7.98 juta) daripada mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah memaklumkan mangsa meninggalkan porsche miliknya berdekatan medan selera makanan laut, Portuguese Square sebelum diculik oleh suspek yang berusia lingkungan 36 hingga 51 tahun.
“Hasil siasatan, mangsa berusia dalam lingkungan 36 tahun dan berasal dari negeri ini, menunggu seorang rakan untuk menikmati makan malam di lokasi tersebut.
"Namun, semua suspek terlebih dahulu datang ke lokasi berkenaan dan menculik mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Raja Shahrom berkata, bertindak atas laporan orang awam, sepasukan anggota polis ke lokasi berkenaan untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, sebelum kejadian semua suspek dipercayai telah mengekori mangsa dari awal sehingga mangsa meletakkan kenderaannya.
"Kejadian ini hanya diketahui selepas rakan mangsa yang tiba di lokasi terbabit kira-kira 10 minit dan dimaklumkan oleh orang ramai yang melihat mangsa diculik.
Petikan Sinar Harian
Kes culik semakin berleluasa mutakhir ini. Semua pihak perlu berwaspada di mana jua berada.
©Eriyza : Berharap penculik dihukum setimpal dengan perbuatannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.