Aug 31, 2012

Penyanyi Asal Lagu Tanggal 31


Saban tahun Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa alunan lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh Penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Seakan satu tradisi, stesen televisyen mahu pun radio akan memutarkan lagu berkenaan menjelang 31 Ogos. Akan tetapi, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Sudirman bukanlah penyanyi asal lagu berkenaan.


Penyanyi dan komposer asal lagu Tanggal 31 ialah Ahmad CB (Ahmad Chass Barra) yang merupakan artis era 60an. Pada asalnya lagu patriotik itu berentak march iaitu perlahan namun diubah oleh penggubah lagu S. Atan pada tahun 1982 atas permintaan Sudirman agar berentak pop yang lebih pantas.



Tanggal 31 versi Ahmad CB

Lirik Lagu Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Tanggal 31 versi Datuk Sudirman


Gemersik suara Sudirman telah menyebabkan lagu ini popular mendadak sehingga dihafal dan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh setiap anak watan yang cintakan Malaysia.

©Eriyza : Salah seorang rakyat marhaen yang suka lagu Tanggal 31. Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 Malaysia.


Via : Ramlan


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.