Seramai 5 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras melecur teruk akibat berlaku letupan ketika mereka berbarbeku untuk meraikan majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam. Mangsa yang melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka adalah 4 pelajar Tingkatan 4 manakala seorang lagi pelajar Tingkatan 5.
Salah seorang mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Muhammad Azreen Rahim, 16, ke dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut.
Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16, ketika kejadian dia bersama 20 rakan memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat serta api menyambar mereka yang berada di sekeliling alat barbeku.
“Baju saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.
Petikan Harian Metro
©Eriyza : Sudah lama tidak berbarbeku bersama sanak saudara.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.