Sep 23, 2012

Berlaku Rusuhan Di Ulangtahun Kelahiran


Sekurang-kurangnya enam orang cedera termasuk tiga parah apabila berlaku rusuhan di dalam bandar Haren, Belanda. Polis antirusuhan dipanggil untuk menyuraikan remaja yang bertindak liar dengan merosakkan kedai, membakar kereta dan papan tanda dimusnahkan.

Seramai 600 polis antirusuhan bertindak menghalang para remaja daripada terus merosakkan harta benda. 20 orang telah ditangkap oleh pihak berkuasa berkenaan.



Rusuhan pada malam Jumaat itu tercetus ekoran majlis hari lahir yang dianjurkan oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Gadis itu membuat undangan terbuka ke parti hari lahirnya di Facebook. Natijahnya, 3000 remaja menghadiri parti hari lahirnya di bandar yang mempunyai 18,000 penduduk walhal ia hanya dikhususkan untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.


Harus diingat, jika mahu membuat undangan majlis tertentu di Facebook, pastikan anda memilih orang yang anda mahu sahaja. Jika tidak, 1Malaysia serbu majlis anda nanti.

©Eriyza : Tertanya-tanya siapakah gadis remaja tersebut. Adakah dia seorang yang terkenal sehingga ribuan 'peminat' membanjiri parti hari lahirnya.


Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.